Beri 10sen dapat RM1…

Masa beratur tunggu LRT kat KL Sentral, tuhan menguji…perempuan depan berjubah hitam sket2 bergerak ke depan…padehal takde sorang pun yang keluar barisan…nak kata naik train pun takde yang lalu lagi…dari escalator lagi ku perasan ade bebola hitam besar kecik besar kecik bertaburan atas lantai colour cream tu…banyak…dari escalator sampai ke hujung…ku cube bersangka baik…mungkin bebola tanah humus / kompos dari plastik sampah yang diseret cleaner…atau tanah yang melekat kat boot contractor binaan (tapi tak logik)…atau plastik tanah bocor yang dibawa masuk naik LRT (takkan pulak orang office yang bawak)…entahlaa…

Ok berbalik pada barisan ku tadi, depan kasut adelah sket gumpalan tanah hitam tu…sket je…bile pompuan berjubah tu bergerak ke depan, muat jugaklah kalau sorang nak nyelit masuk…then ternampak 10sen berkilat2 betul2 belakang kasut dia…nak dikutip, takut dia pijak tangan…sebab dia bergoyang2 tak reti berdiri statik…ku kutip gak laju2…disebabkan harini pakai jubah tanpa poket and bag galas ke belakang…takde tempatlah nak simpan…tangan kanan genggam 2 kad: ERL and LRT and 10sen tu…tangan kiri de paper free The Sun (bukan baca sangat pun, kumpul untuk wrap taik kucing je)…

Within 2 minutes, LRT pun sampai, tapi tak muat masuk…wait for next train and muat…dari KL Sentral ke Kerinchi around 10-15 minutes kot…as usual kat Kerinchi ade few pengemis…menagih simpati pada yang lalu lalang nak ke Menara TM and Bangsar South…tapi pagi ni ade sorang je pakcik putih gempal2 duduk sebelah kiri…bile orang memberi, dia akan bagi 2 tisu poket as return…yelah kan…kalau orang bagi RM1, berape sangat harga kos beli 2 keping tisu tu…mungkin 50sen…dia dah untung 50sen…

Dah ternampak dia tu, eh…eh…eh…automatik kaki berjalan ke dia (actually tak pernah sekalipun memberi, sebab tengok fizikal dia macam mampu mencari duit dengan bekerja)…padehal dah tau tu dalam tangan ade 10sen terjumpe tadi…dalam hati takpelah…mungkin kecil nilai ni bagi dia, tapi ikhlas memberi lagi penting…dia sedikit tergamam bile nampak tapi tetap menghulur 2 keping tisu…ku pulak terus amik and berlalu pergi laju2…dalam hati, arghhh…terasa bersalah sangat and nak pulangkan je tapi actually ku dah terlambat ni…9am dah ni…

Bile dikira2 balik, kos sepaket tisu ni mungkin 20/30sen…kalau dijual mungkin 50sen sepeket…10sen tu layak setengah peket je…ermmm…takpelah…mungkin tisu ini and 10sen itu ade gunanye di kemudian hari…semoga bermanfaat kepada kami berdua…AMIN…

Leave a Reply

SCROLL TO TOP